Tuesday 11 October 2011

Persaraan Pn.Normah bt Misran (SKTJ)

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Sekitar majlis

 

Read more...

PENGAJARAN TATABAHASA TAHUN 6

MUKADIMAH

Bahasa ialah satu kemahiran dan mesti dipelajari oleh penutur aslinya.

Proses pemupukan bahasa memerlukan masa yang panjang. Kemahiran bahasa tidak dapat diperoleh dalam masa seminggu dua, apatah lagi sehari dua.

Tatabahasa

Tatabahasa menjadi unsur yang amat penting dalam mana-mana bahasa. Tidak ada orang yang mempelajari sesuatu bahasa tanpa mempelajari tatabahasa bahasa itu. Hal ini demikian kerana tatabahasa ialah acuan bahasa. Maksudnya, tatabahasa merupakan peraturan-peraturan berkaitan kata dan ayat yang dibina seterusnya disusun dalam bentuk yang lebih besar, iaitu wacana.



WACANA

Ayat yang lengkap binaan bahasanya.

Sepucuk surat, misalnya ialah sebuah wacana, iaitu binaan bahasa yang lengkap, kerana ada maklumat pengirim, penerima, perkara, kandungan surat dan sebagainya.

Bidang Tatabahasa:
- Morfologi – pembentukan kata
- Sintaksis – pengetahuan tentang susunan kata dalam ayat
- Sistem Ejaan – ejaan yang betul/sebutan baku
- Kosa kata – pelbagai kosa kata/perkataan
- Peribahasa – simpulan bahasa/ perumpamaan/bidalan/ungkapan/ kata hikmat

PEMBENTUKAN AYAT

Ayat : Ayah saya sudah keluar.

Klausa : ayah saya sudah keluar

Frasa : ayah saya / sudah keluar

Tatabahasa










PINTAR BERBAHASA - MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL

Budak-budak nakal itu saling tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri.

Budak-budak nakal itu tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri.
{Gugurkan perkataan saling sebab tuduh-menuduh adalah kata ganda yang membawa maksud saling}

2) Puan Kamariah Hamzah membeli sebiji kek berperisa coklat di pasar tani pagi tadi.

Puan Kamariah Hamzah membeli sebiji kek berperasa coklat di pasar tani pagi tadi.
{Perkataan perisa membawa maksud enak/sedap, perasa pula membawa maksud rasa seakan-akan}

3) Emak menghidangi kami sepinggan goreng pisang yang masih panas petang itu.

Emak menghidangi kami sepinggan pisang goreng yang masih panas petang itu.
{Hukum D-M yang betul, pisang goreng sebab yang diterang ialah
pisang dan yang menerang ialah goreng}

4) Kedua-dua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin.

Kedua-dua orang pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin.
{Kata bilangan ‘kedua-dua‘ dalam ayat mesti diiringi dengan penjodoh bilangan yang sesuai, iaitu ‘orang’}

5) Bapa Khamarrul Efenddi adalah Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Teluk Intan.

Bapa Khamarrul Efenddi ialah Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Teluk Intan.
{‘Ialah’ – Kata pemeri yang menghubungkan benda (subjek) dengan cerita (predikat) dalam ayat}

 6) Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes pecah amanah itu ialah rekaan semata-mata.

Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes pecah amanah itu adalah rekaan semata-mata.
{“Adalah” – Kata pemeri yang menghuraikan lebih lanjut tentang benda (subjek) yang disebut sebelumnya}

7) Mak Cik Mariam menghidangkan tetamunya sepinggan kuih seri muka.

Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka.
{Imbuhan apitan “meng ... i” - cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk kepada manusia sahaja}


8) Encik Abdul Razak menghadiahi cincin bertatahkan berlian kepada bakal isterinya.

Encik Abdul Razak menghadiahkan cincin bertatahkan berlian kepada bakal isterinya.
{Imbuhan apitan “meng ... kan” - cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk kepada benda atau binatang}

9) Berhati-hati memandu kenderaan di selekoh yang tajam dan merbahaya itu.

Berhati-hati memandu kenderaan di selekoh yang tajam dan berbahaya itu.
{Tidak ada imbuhan awalan ‘mer-‘ dalam tatabahasa Melayu, bukan merbahaya tetapi berbahaya}

10) Kejayaan gemilang dalam UPSR yang diperolehi Abdul Mutalib kerana usaha gigihnya.

Kejayaan gemilang dalam UPSR yang diperoleh Abdul Mutalib kerana usaha gigihnya.
{Apitan ‘diper ... i’ – hanya kepada empat perkataan; diperisteri, dipersuami, diperkawani dan diperingati}
{Awalan ‘diper-’ – ialah awalan yang membentuk kata kerja ayat pasif, selain empat perkataan di atas}

11) Adik terlalu sayangkan kucing Siam itu sehingga dibawanya tidur bersama-sama.

Adik terlalu sayang akan kucing siam itu sehingga dibawanya tidur bersama-sama.
{Kata yang ada unsur emosi/perasaan tidak boleh disisipkan imbuhan akhiran “-kan”, sepatutnya akan}

 12) Muhammad Zunaidi menunggu kawannya di Stesen Bas Banting selama dua setengah jam.

Muhammad Zunaidi menunggu kawannya di Stesen Bas Banting selama dua jam setengah.
{Dua setengah jam merujuk kepada bilangan jam, dua jam setengah merujuk kepada waktu, 2 jam 30 minit}

13) Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini dikepilkan sesalinan sijil kelahiran.

Merujuk perkara di atas, bersama-sama ini dikepilkan sesalinan sijil kelahiran.
{Perkataan ‘merujuk’ dalam ayat membawa maksud kepada secara tersirat, tidak perlu merujuk kepada}

14) “Semenjak dari hari itu, dia tidak pernah lagi datang ke sini,” kata Haikal kepada Alif.

“Semenjak hari itu, dia tidak pernah lagi datang ke sini,” kata Haikal kepada Alif.
{Gugurkan perkataan ‘dari’ kerana perkataan ‘semenjak’ dan ‘dari’ adalah kata sendi yang sama maksud}

15) Para pekerja sedang memperlebarkan jalan utama dari Kelang menuju ke Kuala Selangor.

Para pekerja sedang memperlebar jalan utama dari Kelang menuju ke Kuala Selangor.
{Apitan “memper ... kan” menerima kata nama dan kata kerja, awalan “memper-“ menerima kata adjektif}

16) Peninju veteran itu berhasrat untuk bersara daripada arena sukan lasak tersebut.

Petinju veteran itu berhasrat untuk bersara daripada arena sukan lasak tersebut. (betul)
{“Peninju” membawa maksud tinju atau penumbuk, “Petinju” pula bermaksud orang yang berlawan tinju}

17) Setiap pagi ayah bersarapan dua biji telur ayam separuh masak dengan madu lebah asli.

Setiap pagi ayah bersarapan dua biji telur ayam masak separuh dengan madu lebah asli.
{“Telur ayam separuh masak” merujuk separuh bahagian telur tersebut, “masak separuh” pula merujuk setengah masak}

 18) Makanlah ikan kerana ia mengandungi banyak protein dan baik untuk kesihatan kita.

Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak protein dan baik untuk kesihatan kita.
{Kata ganti nama diri ketiga “ia” digunakan dalam ayat untuk/merujuk manusia sahaja. Salah, jika digunakan untuk benda atau haiwan}





Read more...

Monday 10 October 2011

Belanjawan 2012



RINGKASAN

1. Antara tahun 2011-2020, kesemua program transformasi akan dilaksanakan di bawah Dasar Transformasi Nasional.

2. Bajet 2012 sediakan peruntukan RM232.8 bilion untuk melaksanakan semua rancangan Kerajaan.

3. RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus & RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

4. RM29.8 bilion disediakan untuk pelaburan dalam infrastruktur, perindustrian, pertanian & pembangunan luar bandar.

5. RM13.6 bilion disediakan utk sektor sosial, termasuk pendidikan & latihan, kebajikan, perumahan serta pembangunan msykt.

6. Defisit Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 4.7% drpd KDNK, berbanding 5.4% tahun ini.

7. Tema Bajet2012 ialah “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.

8. Rolling Plan Ke-2 (RP2) bagi RMK10 akan dilaksanakan tahun ini & diperuntukkan RM98.4 bln utk tahun 2012 & 2013.

9. Projek utama RP2 termasuk Lebuhraya Pantai Timur Jabor-Kuala T’ganu & pembinaan jalan Kota Marudu-Ranau.

10. Pada 2012, Kerajaan akan peruntuk RM978 juta utk merancakkan pembangunan di 5 wilayah koridor.

11. Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan.

12. Pengecualian sepenuhnya duti import & duti eksais bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

13. Krjn peruntukkan RM100juta utk inovasi termasuk memperkenalkan Anugerah Cipta 1Msia (C1PTA) utk iktiraf rekacipta pelajar.

14. Sektor pendidikan akan dapat RM50.2bln utk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif.

15. Buat pertama kalinya, Krjn akan mansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah2 krjn.

16. RM90juta akan diberi utk penyediaan kemudahan asas Orang Asli termasuk memperluas projek bekalan air terawat.

17. 600,000 pesara krjn akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.

18. Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

19. Dalam skim baru menikut time-based, guru akan dapat gred 44 pd tahun ke-8 & gred 48 pd tahun ke-16.

20. Krjn akan tawar bantuan yuran pengajian kpd penjawat awam, termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana & 500 kedoktoran falsafah.

21. Satu prgm khas akan diperkenalkan utk 175,000 anggota tentera yang tidak layak menerima pencen.

22. Krjn kenang jasa polis khas &polis tambahan masa zaman darurat, akan beri RM3,000 kpd stp bekas anggota serta duda & balu mereka.

23. Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 akan dilaksana & RM1.1bln akan diperuntukkan utk pembangunan sector pertanian.

24. Segala subsidi, insentif & bantuan berjumlah RM33.2bln akan diteruskan dalam semangat “Rakyat Didahulukan”.

25. KAR1SMA akan memberi manfaat kpd 500,000 rakyat, dgn membantu ringankan beban sara hidup.

26. Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000.

27. Krjn akan terus melaksanakan Prgm Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dgn membina 75,000 unit rumah mampu milik.

28. Program Rumah Mesra Rakyat (SPNB) akan diteruskan. SPNB diminta membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012.

29. RM63 juta untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. RM40 juta utk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta.

30. Krjn akan wujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan RM300juta utk bina & baik pulih rumah.

31. Perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM15 bln utk perbelanjaan mengurus dan RM1.8bln utk pembangunan.

32. Hospital akan dinaiktaraf & dibina, krjn juga akan tambahbaik 81 klinik kesihatan luar Bandar & buka 50 klinik 1Msia.

33. KLGH, hospital tertua di msia akan dinaiktaraf menjadi sebuah hospital primer dengan sebuah sayap baru utk rawatan pesakit luar.

34. Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

35. Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yg didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma.

36. RM15juta akan diperuntukkan utk bina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dpt dicapai.

37. Warga emas berumur 60 thn ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.

38. Rancangan Tebatan Banjir akan dilaksanakan di Perlis, Perak dan Johor utk bantu 4 juta penduduk yg masih tinggal di kws berisiko.

39. Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kpd isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

40. Kakitangan krjn akan dpt tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kpd pesara krjn.

sumber : http://harrazdani.blogspot.com



Read more...

Friday 7 October 2011

Info Sihat

Amalkan Cara Hidup Sihat
Kunci untuk sihat sepanjang hayat
Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:
  • Makan secara sihat
  • Tidak merokok
  • Lakukan aktiviti fizikal
  • Belajar menangani stress
Faedah cara hidup sihat:
  • Meningkatkan status kesihatan anda
  • Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi.
  • Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
  • Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan..
Makan Secara Sihat
  • Nikmati pelbagai jenis makanan
  • Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
  • Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
  • Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.

    Contoh 1 sajian::
    Bijirin, produk bijirin dan ubi
    • ½ cawan nasi (putih atau perang)
    • ½ cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)
    • 1½ keeping capati
    • ½ cawan keledek/ubi kayu/keladi
    Sayur-sayuran
    Buah-buahan
    • ½ cawan sayur hijau tua bersama batangnya (dimasak)
    • ½ cawan sayur buah/berakar (dimasak)
    • ½ biji jambu berukuran sederhana
    • 1 hiris betik/nanas
    Susu, dadih dan keju
    Ikan, ayam dan daging
    • 1 gelas susu
    • 1 cawan dadih
    • 1 keping keju
    • 1 ketul paha ayam saiz sederhana
    • 1 ketul paha ayam saiz sederhana
    • 2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis
    • 5 sudu besar ikan bilis

    Tidak Merokok
    Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik). Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:
    • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
    • Yakinkan diri
    • Buat nota peringatan
    • Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
    • Tumpukan pada hari ini
    • Sentiada berfikiran positif
    • Dapatkan sokongan
    • Lawan keinginan untuk merokok
    • Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
    • Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:
    Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
      • Melengahkan-lengah
      • Minum banyak air
      • Menarik nafas panjang
      • Membuat sesuatu
      • Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
      • Mengunyah sesuatu
      • Membasuh tangan
      • Mandi dengan kerap
      • Melakukan senaman regangan
      • Memohon doa
    Lakukan Aktiviti Fizikal

    Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.
    Lakukan aktiviti fizikal
    • Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari: tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
    • Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda
    Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap hari:
    AKTIVITI RINGAN
    60 minit setiap hari
    AKTIVITI SEDERHANA
    30 minit setiap hari
    • Berjalan kaki
    • Aktiviti regangan
    • Aktiviti berkebun yang ringan
    • Berjalan laju
    • Berbasikal
    • Berenang
    • Menari
    • Lompat tali
    • Aerobik
    • Berlari-lari anak
    • Turun naik tangga
    Bersenam untuk kesihatan jantung. Gunaka FITT sebagai panduan.
    F
    Frequency : (Kekerapan)
    3 – 5 kali seminggu
    I
    Intensity (Effort) : (Kehebatan)
    Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan selesa.
    T
    Time : (Masa)
    Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk tempoh memanas dan menyejukkan badan.
    T
    Type : (Jenis)
    Aerobik, bersukan Contoh: bola sepak, bola jarring, badminton, lompat tali, berbasikal.
    Tangani Stres
    Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
    Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
    • Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
    • Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
    • Kenal pasti kenapa anda marah
    • Cuba dengar penjelasan orang lain
    • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
    • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
    • Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
    Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
    • Berfikir secara positif
    • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
    • Belajar menyukai diri sendiri
    • Belajar bertenang
    • Adakan hobi
    • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
    • Dapatkan tidur yang cukup
    • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
    • Bersifat tegas/asertif
    • Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda


        Read more...

        Wednesday 5 October 2011

        Guru dan Staf SK Toh Johan


        Read more...

        Post Pertama Saya


        Assalamualaikum...akhirnya dapat jugak saya hasilkan blog....selamat datang ke dunia blogger..hehehe...
        Saya masih baru lagi jadi tak banyak yang dapat saya kongsikan, masih mencari idea..mohon pandangan dan cadangan dari anda semua, segala kekurangan harap dapat tunjuk ajar.. =)
        Read more...